Bunga Saffron@Zaafaran Untuk Kecantikan/Cara menggunakan Saffron.

by adminmehr . 0 Comments

Saffron adalah stigma bunga berwarna kuning kemerahan yang berasal dari Asia Barat Daya. Saffron dipanggil juga dengan nama”Zafran” dalam Bahasa Sepanyol. Terdapat hampir tiga suku daripada pengeluaran dunia saffron adalah dari Sepanyol, khususnya di kawasan-kawasan Castilla-La Mancha. Saffron Sepanyol sangat  berharga kerana mempunyai  kualiti yang tinggi.

Saffron  sentiasa dianggap sebagai rempah yang sangat berharga. Malah, pada suatu ketika ia telah  digunakan sebagai mata wang. Saffron  berasal dari beberapa negara,dengan resipi masing2 dan cara guna yang ada sedikit perbezaan  ;

–  Di India Saffron merupakan ramuan penting dalam banyak resepi beras, gula-gula, dan ais krim.

–  Di Arab Saudi, kopi Arab asli harus mempunyai saffron dan buah pelaga.
–  Di Utara Itali, saffron adalah penting dalam penyediaan risotto yang terkenal.

–  Di Sweden , mengikut tradisi turun temurun,mereka wajib membakar roti saffron pada hari St Lucile.

–  Di Sepanyol saffron merupakan ramuan penting dalam hidangan terkenal seperti Paella.

Mengapa Saffron itu mahal?- Kerana ia melibatkan penggunaan tenaga buruh yang ramai dan intensive.  Setiap bunga, yang berkembang mekar selama seminggu pada setiap tahun  menghasilkan kira-kira tiga stigma, yang dipetik  oleh tangan.  Saffron yang terbaik dituai mengikut musim .Ia dikeringkan di bawah  cahaya matahari atau di atas api yang suhu kepanasannya rendah. . Stigma merah kecil saffron seharusnya dipetik menggunakan tangan dari ladang penanaman herba itu.  Terdapat dua jenis bentuk saffron iaitu dalam bentuk serbuk dan juga bentuk benang atau stigma. Saffron serbuk harganya lebih rendah dari jenis stigma  ,kerana jenis serbuk itu diambil daripada saffron tua yang tidak berkualiti

MANFAAT KECANTIKAN ZA’FARAN/SAFFRON.

– Saffron kaya dengan sifat anti-bakteria.Oleh itu ia sesuai digunakan untuk menyembuh/menghilangkan jerawat.Saffron membantu mencerah dan melicinkan kulit wajah secara semulajadi tanpa pemakaian produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia.

– Rendam beberapa helai saffron kedalam susu selama 2 jam.Sapu campuran susu dan saffron ke seluruh wajah berserta leher.Biarkan 15-20minit.Bilas dan keringkan wajah dengan tuala bersih.Hasil penggunaan yang berterusan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu akan mendapatkan kulit wajah yang cerah semulajadi.

– Saffron adalah egen pencerah kulit yang terbaik. Bahan-bahan untuk jadikan “masker” seperti:

1-Saffron yang direndam dengan dua sudu besar air semalaman

2-Susu

3-Gula organik

4-Minyak zaitun atau minyak kelapa dara.

Campurkan semua bahan kedalam satu mangkuk.Kacau supaya sebati.Celupkan sekeping roti gandum ke dalam bancuhan tadi.Sapu dan ratakan pada seluruh wajah.Biarkan 15 minit . Kepingan roti akan melekat dan kering pada wajah. Selepas 15 minit cucikan wajah sehingga bersih. “Masker” saffron ini membantu melancarkan peredaran darah pada wajah supaya wajah nampak berseri-seri, mengurangkan lingkaran hitam di sekitar mata dan mengurangkan kedutan wajah.

– Rendam saffron dan biji bunga matahari dalam susu semalaman. Kisar campuran tersebut pada waktu pagi.Sapu pada wajah sebagai “masker”. Kulit wajah akan putih berseri-seri sekiranya diamalkan selalu.

– Jika anda mencampurkan beberapa helai saffron ke dalm susu dan minum dengan kerap, kulit anda akan bertambah baik secara semula jadi.

KEGUNAAN SAFFRON/ZA’FARAN:

Herba  Saffron dikelaskan juga dalam kumpulan makanan.Tetapi ia mempunyai nutrien yang amat penting dan mempunyai sebatian kimia yang bermanfaat dalam perubatan. Mari kita lihat beberapa manfaat kegunaan saffron :

– Saffron memiliki lebih daripada 150 komponen makanan penting yang membantu meningkatkan imunisasi tubuh.

– Saffron bukan sahaja melicinkan kulit malah boleh membuatkan kulit cerah, sebab itulah di India terutamanya, wanita yang mengandung biasanya membubuh dua tiga urat ‘filamen’ daripad ZA’FARAN tersebut ke dalam susu dan di minum.

– Di timur tengah selain berkhasiat menyembuhkan sakit kepala, saffron digunakan sebagai minyak wangi berjenama ATTAR yang dipanggil ‘ZA”FARAN ATTAR’ ianya mengeluarkan jenama bertaraf antarabangsa.

– Saffron telah memberikan warna yang cantik dan menyerikan mentega dan keju. Ianya juga menambahkan kelazatan dan juga digunakan dalam membuat ais krim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

captcha

Please enter the CAPTCHA text

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>