Fakta Dan Sejarah Air Zam Zam/Khasiat Air Zam Zam

by adminmehr . 0 Comments

Sejarah Adanya Air Zam-Zam
Sudah menjadi kebiasaan di masyarakat kita, jika ada sanak saudara atau teman yang pulang dari haji atau umh, kita akan meminta doa dan ‘oleh-oleh’ yang lain. Selain doa, air zam-zam adalah ole-ole yang paling ditunggu-tunggu.  Air yang satu ini  khasiatnya  tidak  dapat ditemui dalam air lainnya. Tapi, tahukah anda bagaimana sejarah air zam-zam itu?
                                                             
Air zam zam hanya ada di kota suci Makkah dan tidak ada di tempat lain. Mungkin banyak juga yang kurang mengetahui status air zamzam dan faktor kenapa orang Islam begitu kagum dengan kehebatannya. Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyah menyimpulkan bahwa air zamzam adalah yang terbaik, paling suci dan ia tidak akan kering sampai hari kiamat.
Dalam sebuah riwayat diceritaka  bahawa munculnya air zam-zam itu kerana dikorek oleh malaikat Jibril untuk membantu menghilangkan rasa dahaga Nabi Ismail ketika ibunya, Siti Hajar tujuh kali  berlari di antara dua bukit Safa dan Marwah demi mencari air di padang pasir yang panas terik. Ketika Siti Hajar dalam kepenatan itulah Allah mengutus Jibril untuk memunculkan airdi tempat hentakan kaki Nabi Ismail.
Dan barangkali banyak yang tidak tahu bagaimana asal usul nama Zam-zam itu. Ketika itu Siti Hajar melihat air yangmengalir terus menerus mengatakan ‘Zami-Zami’ yang berarti berhentilah mengalir. Ketika menemukan mata air dalam cuaca terik di gurun, Siti Hajar menutupnya dengan batu dan pasir karana takut ia akan kekeringan. Tetapi Allah sudah berjanji betapa air zam-zam tidak akan kering sampai kiamat. Tidak hanya itu, air zam-zam juga memiliki terlalu banyak khasiat khususnya dari segi medis dan kesihatan.
Berikut merupakan fakta,khasiat dan keunikan Air Zam Zam.:
– Kaya mineral.Mengikut penelitian yang dilakukan di Eropah dan Asia Tengah dikatakan bahawa Air Zam Zam memiliki kandungan mineral semulajadi paling banyak berbannnnding air mineral yang lain.
– Air Zam Zam memiliki kandungan ion positif seperti sodium,kalsium,magnisium dan potassium.Kandungan ion  negatif dalam Air Zam Zam pula mengandungi sulfur,bikarbonat,fosfat,nitrat seta amonia. Kedua jenis ion ini apabila bertemu dengan ion yang dalam tubuh, akan bertindak aktif dalam proses metabolisme tubuh.
– Memiliki kandungan fluorida berguna untuk mencegah pembiakan bakteria yang berfungsi menyembuhkan penyakit.
– Menurut salah seorang ilmuan Jepun yang pernah melakukan penelitian/kajian tentang berbagai bentuk molekul air.Beliau telah mengenal pasti bahawa bentuk molekul air Zam Zam sangat unik.Molekul air Zam Zam berbentuk kristal.Menghasilkan struktur berbentuk heksagon(segi enam)yang sangat indah,cantik bak kilauan berlian yang memancarkan kilauan melebihi 12 warna.
Paling menarik, air zamzam selalu dapat memenuhi kebutuhan mereka yang mengerjakan haji biarpun angka meningkat dari sekitar 400.000 pada tahun 1970-an hingga mencapai 3  juta orang lebih pada era 1990-an sampai sekarang. Ditambah lagi jutaan orang yang datang ke Makkah untuk menunaikan umrah khususnya pada bulan Ramadan. Selama periode itu, banyak umat Islam minum air zamzam dan sebagian besar membawa pulang air tersebut ke tanah air masing-masing. Namun air zamzam seperti tidak pernah habis. –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

captcha

Please enter the CAPTCHA text

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>