HABBATUS SAUDA@ JINTAN HITAM SEBAGAI UBAT SEGALA PENYAKIT.

by adminmehr . 0 Comments

HABBATUS SAUDA@JINTAN HITAM SEBAGAI PENAWAR SEGALA PENYAKIT KECUALI MATI.

Habbatus sauda sebagai ubat segala penyakit ini diasaskan daripada hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r a bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:”Pada habbatus sauda terdapat penawar segala penyakit kecuali mati”. (Riwayat Al Bukhari no.5687)

Hadis di atas menjelaskan bahawa habbatus sauda adalah sebagai ubat segala penyakit dan apa yang disabdaakan oleh Nabi adalah wahyu kerana segala yang disebabkan oekeh Nabi bukanlah  daripada kehendak baginda tapai ia sebenarnya wahyu.

Justeru,informasi penting bagi manusia bahawa penyakit dapat diubati dengan habbatus sauda.

APA ITU HABBATUS SAUDA/MENGENAL HABBATUS SAUDA.:

Habbatus sauda merupakan sejenis tumbuhan yang banyak didapati di  kawasan mediterranean dan di kawasaan yang beriklim gurun seperti di Mesir dan di negara-negara Laut Tengah dan di sebahagian tempat di India.Ia adalah sejenis rumput yang berwarna hitam dan bermusim yang tergolong dalam jenis Nigelle Lan Ramunculus.

Dalam bahasa Arab dikenali sebagai Habbatus Sauda ,Habbatul Barakah, Kamun Aswad ,Sinauj. Dalam bahasa Inggeris dipanggil Nigella ,Fennel Flower , onion Seed dan black Seed.Manakala dalam bahasa Melayu digelar Jintan Hitam.

Terdapat banyak kajian dijalaankan mengenai Habbatu Sauda.Bagaimana pun kebanyakannya ditulis dalam bahasa Arab.Mungkin kerana ini,pendedahan kepada dunia antara bangsa tidak banyak dibuat . Ibnu Sinar dalam kitabnya Al-Qanun Fi Ath-Thib hlm.856 mengatakan bahawa,” Habbatus sauda dapat melegakan angin didalam badan,masalah paru-paru, sakit kerongkong,.sakit kepala, sakit pinggang, sakit pundi kencing, gastrik, menguatkan jantung,menghilangkan keletihan dan membuang keracunan atau toksik”.

Begitu juga dengan pendapat ulama perubatan Islam yang lain seperti Ibnu Al Baithar dalam  kitabnya Jami’Ah, Daud Al-Antoqi dalam Tazkirah Uli Al-Bab dan lain-lain.

KAJIAN PERUBATAN MODEN HABBATU SAUDA @ JINTAN HITAM:

Terdapat ramai pakar perubatan yang membuat kajian mengenai habbatus sauda atau jintan hitam ini. Antaranya ialah:

1- Dr.Peter Schieicher

Merupakan seorang pakar  dalam bidang imunologi di munich.Beliau mendapati bahawa minyak yang terdapat pada habbatus sauda atau jintan hitam boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

2- Dr.Micheal Tierra

Penulis buku Planetary Herbology mendapati bahawa habbatus sauda mengandungi betasitosterol-bahan anti kanser yang berkesan.

3- The Journal Of American Scientist.

Jurnal ini melaporkan,jintan hitam atau black cumin seed bermanfaat untuk pelbagai penyakit kerana ia mengandungi  antihistamina(pencegah alahan), antibiotik (pembunuh kuman), antioksidan(pencegah kerosakan sel), antimycotik(antikult) dan Bancho-Dilating Effect(pengembang)saluran pernafasan.

4- Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah

Menulis dalam kitabnya yang terkenal, Zad al-Ma’ad fi Hadyi Khair al-‘Ibad. Beliau mengesyorkan jintan hitam dihancurkan dan dicampurkan dengan madu,kemudian diminum dengan air panas bagi menghancurkan batu karang yang terdapat di dalam buah pinggang dan tempat berkumpul air kencing.Juga untuk melancarkan keluarnya air kencing,darah haid dan susu ibu.

Bagi mereka yang lumpuh sebelah badan,maka dianjurkan supaya menyapu minyak habbatus sauda ke anggota badan,Insyaallah akan sembuh dari lumpuh.

5- Ibnu Qayyim Alll-Jauziyyah

Menulis juga dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan,habbatus sauda atau minyak habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk ,bronkitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

6- Ibnu Sina

Dalam kitab besarnya Al Qanun Fi Ath-Thib menyatakan habbatus sauda  dapat melacarkan keluarnya darah haid wanita yang bermasalah  dan dalam hal ini juga  bertindak sebagai “bom” untuk menghancurkan batu karang  yang ada pada buah pinggang  dan tempat berkumpulnya air kencing.Caranya ialah  habbatus sauda dicampur dengan madu dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari.

Beliau turut menyatakan dalama bukunya Canon Of Medine bahawa jintan hitam boleh merangsangkan tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat.

7- Kamus Kedoktoran Larousse

Menjelaskan bahawa jintan hitam bertindak untuk mmengeluarkan angin dalam perut, menambahkan ghairah sex dan melancarkan darah haid.

8- Dr. Ahmad Elkadi

Membuat kajian dan mendapati habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit.

KHASIAT DAN KEGUNAAN HABBATAUS SAUDA/JINTAN HITAM:

Antara bahan-bahan kandungan habbatus sauda ialah fixed oil(saturated dan unsaturated), Minyak-minyak asas(sterol), thymohydroquinone, carvone, limomine, cymene, alkaloid,saponin dan asid amino.

7 KHASIAT UTAMA HABBATUS SAUDA:

1-NILAI PEMAKANAN

2- SISTEM IMUNISASI

3- ANTIHISTAMINA

4- ANTI TUMOR

5- ANTI BAKTERIA

6- ANTIRADANG(ANTIINFLAMMATION)

7- MENGGALAKKAN PENGELUARAN SUSU.

Tujuh khasiat utama habbatussauda:

1- Nilai Pemakanan

Habbatus sauda boleh dihasilkan oleh badan kita.Oleh itu,sumber utamanya adalah daripada pemakanan asid amono yang membentuk protein karoten iaitu sumber vitamin A, kalsium, zat besi dan sebagainya.

2- Sistem Imunisasi

Kajian yang dijalankan di Arab Saudi mendapati habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi badan.Oleh itu ia adalah penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit yang lain.

3- Antihistamina

Histamina ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan alergik.Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C,sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamina..Oleh sebab pengidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan,habbatus sauda mungkin boleh diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4- Antitumor

Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor.Oleh itu ia baik digunalan bagi membantu menghalang penyakit kanser.

5- Antibakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti antibakteria.Ini bermakna habbatus sauda baik untuk pengidap beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6- Antiradang(Antiinflammation)

Jintan hitam didapati boleh mengurangkan radang(bengkak).Oleh itu ia baik untuk pesakit asma(mengurangkan radang dalam paru-paru.

7- Menggalakkan Pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebakan pengelauran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

KESIMPULAN

HABBATUS SAUDA DALAM ISLAM

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bersumberkan kepada wahyu menyatakan dengan jelas  bahawa habbatus sauada  ialah ubat segala penyakit. Sebagai umat Muhammad SAW kita meyakini akan hal itu tanpa melakukan kajian kerana ketaatan kepada Nabi dan mempercayai sabda Nabi adalah sebahagian daripada amalan sunnah. Maka ,makan habbatus sauda yang diniatkan ittiba’ (mengikut)dengan sabda Nabi adlah menjadi pahala.

Namun demikian,baru-baru ini ramai sarjana perubatan Timur mahupun Barat melakukan kajian ingin membuktikan kebenaran  sabda Nabi tersebut  dan hasilnya memang diyakini  kebenarannya bahawa  habbatus sauda ialan makanan kesihatan  dan sekali gus  berfungsi sebagai ubat bagi pelbagai penyakit.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

captcha

Please enter the CAPTCHA text

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>