Keajaiban Habbatus Sauda/Pembekal Habbatus sauda Biji(Iran).

by adminmehr . 0 Comments

Habbatus Sauda sebagai ubat bagi semua penyakit

Habbatus Sauda atau dikenali sebagai Jintan Hitam Arab adalah biji sejenis tumbuhan yang tu
mbuh di Asia Tengah. Nama saintifiknya ialah Nigela Sativa.Kemudian ia ditanam secara meluas di utara Afrika terutama Mesir, selatan Eropah, Syria dan Asia Tengah seperti Iran dan India.Ketinggian khasiat tumbuhan itu diperakui oleh ramai cendekiawan silam, ratusan saintis dan pakar perubatan di seluruh dunia.Ibnu Sina dalam bukunya The Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda mampu merangsang tenaga serta membantu memulihkan kepenatan dan semangat.

Penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Carolina Selatan di Amerika Syarikat pula mendapati, ekstrak habbatus sauda memiliki khasiat antitumor tanpa kesan sampingan.

Ia adalah sejenis bijian yang amat penting di dalam bidang perubatan sehinggakan ianya disebut dalam sebuah hadith nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:

“Tetaplah kamu dengan habbatus Sauda ini kerana di dalamnya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati”. 

Nabi kita telah mendedahkan kehebatan Habbatus Sauda lebih dari 1400 tahun yang lalu dan kini kajian-kajian saintifik membenarkan kata-kata nabi.

Di dalam habbatus Sauda terdapat lebih dari 100 jenis bahan-bahan aktif yang sangat berguna untuk kesihatan tubuh badan manusia terutama bahan-bahan yang boleh membuang penyakit.

Fungsi-fungsi Habbatus Sauda:

1. Melegakan dan mengurangkan pembengkakkan di tubuh
2. Mencegah sel darah dari membeku (anti thrombosis)

3. Menguatkan sistem immune tubuh
4. Mencegah kanser
5. Membunuh kuman
6. Menambah kandungan susu ibu Mengurangkan kadar gula dalam darah.

Habbatus sauda memang menakjubkan kerana setiap butir bijirin ini terdiri daripada berjuta-juta sel yang menyerupai sel darah manusia, Habbatus Sauda adalah ubat bagi segala penyakit kecuali mati. Kesimpulannya sekiranya kita mengalami apa-apa penyakit pun, ambillah Habbatus Sauda sebagai ubat dan penawarnya. Insya Allah penyakit akan sembuh.
Semakin banyak kajian dilakukan, semakin banyak pendedahan baharu ditemui.

Apa yang pasti terdapat lebih 100 bahan aktif yang terkandung dalam bijirin hitam dengan timokuinon mendominasi antara 70 hingga 80 peratus daripada jumlah keseluruhannya.

“Hasil beberapa kajian yang dijalankan membuktikan bahawa bahan timokuinon yang diekstrak daripada habbatus sauda berupaya menurunkan paras kolesterol, glukos dalam darah dan berat badan sekali gus mengurangkan risiko penyakit sindrom metabolik dan penyakit jantung.

Melewatkan Penuaan :

Kajian pada haiwan makmal yang diaruh penyakit Alzheimer atau nyanyuk dan diberi makan bahan aktif timokuinon daripada minyak habbatus sauda turut mempunyai kesan tersendiri.

Penyelidikan itu merumuskan bahawa habbatus sauda telah menurunkan paras beta amiloid iaitu sejenis protein yang terdapat pada otak haiwan nyanyuk berbanding haiwan kawalan yang tidak menerima suplemen habbatus sauda.

Kajian pada tisu kultur dan sel kultur pula menunjukkan bahan aktif asid linoleinik daripada ekstrak minyak habbatus sauda mampu mengurangkan pertumbuhan sel kanser payu dara secara signifikan

Di samping itu, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan berupaya melambatkan proses penuaan. Habbatus sauda ada kesan terhadap wanita menopaus dalam aspek peningkatan kualiti kehidupan seperti kecergasan mental, spiritual dan hubungan kelamin.

Pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan dalam tempoh dua minggu mampu melancarkan sistem penghadaman, melawaskan pembuangan najis terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit, meningkatkan tenaga dan kadar kecekapan seseorang.

Namun, secara saintifik sukar untuk dipastikan keberkesanan makanan yang bercampur. Misalnya, mengambil habbatus sauda dengan madu.

Kita tidak tahu yang mana satu antara kedua-duanya yang menjadi penyembuh dan memberi kesan positif kepada sesuatu keadaan.

Cara Pengambilan Habbatus Sauda:

Rahsia kesembuhan di dalam habbatus sauda ialah dengan pengambilan yang berterusan dan dalam dos yang mencukupi. Ia mesti diamalkan secara berjadual dan konsisten. Bergantung kepada penyakit, biasanya penyakit akan sembuh dari 3 bulan sehingga 1 tahun.

Disyorkan saudara  makan sekurang-kurangnya satu sudu teh biji habbatus sauda untuk satu hari.Sekiranya saudara tidak berpenyakit, dan ingin mencegah dari mendapat penyakit, dos habbatus sauda yang diperlukan tidaklah tinggi. Dos serendah 500mg hingga 1000mg sehari lebih dari mencukupi. Saya syorkan makan 500mg minyak habbatus sauda untuk dua kali sehari, iaitu pagi dan petang.

Pengambilan habbatus sauda secara berterusan akan membunuh kuman-kuman di dalam badan anda secara perlahah-lahan. Ia juga akan membuang toksik dan bahan-bahan kimia dari tubuh anda dengan kadar yang lebih banyak dari kebiasaan. Oleh itu saudara digalakkan untuk bersenam sehingga mengeluarkan peluh yang banyak bagi membantu mengeluarkan bahan-bahan beracun tersebut. Dan semestinya juga anda meminum air mineral dengan banyak, minimum 2L sehari.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

captcha

Please enter the CAPTCHA text

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>