Khasiat Buah Aprikot /Pembekal Biji Aprikot Kuala Lumpur.

by adminmehr . 0 Comments

KETAHUI KHASIAT BUAH APRIKOT:

Aprikot adalah buah kecil berwarna oren keemasan yang berbiji tunggal besar dan keras. Buah ini bukan saja memiliki rasa yang lazat tetapi juga sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Aprikot kaya dengan serat larut yang sangat tinggi yang mampu  membersihkan toksin dalam tubuh , menjaga kadar gula darah normal dan menurunkan paras kolesterol jahat dalam badan

Selain itu buah ini mengandungi 50 peratus  beta karoten untuk keperluan seharian  dan hanya mengandungi 50 kalori saahaja.

Ini terbukti melalui penyelidikan yang dilakukan wakil presiden sebuah institut penyelidikan di Amerika. Kajian tersebut mengatakan beta karoten yang ditemui di dalam buah aprikot akan diubah menjadi vitamin A untuk  mencegah radikal bebas  yang menyerang retina sehingga menyebabkan gangguan kepada  penglihatan atau mengakibatkan kebutaan.

Disamping itu ,aprikot juga sesuai  diamalkan bagi mereka yang mahu berhenti merokok kerana dapat menghilanagkan kesan-kesan nikotin.Bahkan buah ini dapat menpercepatkan proses imunisasi yang  meliputi pemulihan dan penyembuhan.

Bagi kaum wanita pula amalan mengambil aprikot  juga digalakkan bukan sahaja untuk tujuan kesihatan tetapi juga kecantikan.Bahagian buahnya yang mengandungi boron  dapat merangsang pengeluaran hormon sex estrogen terutama bagi mereka yang baru putus haid.

Tidak kecuali masalah keputihan , senggugut dan perjalanan haid yang tidak teratur.Selain membantu  masalah kesihatan jantung aprikot dapat menghindarkan keletihan , jangkitan serta untuk kulit, rambut dan kuku.

Menurut buku bertajuk World Without Cancer yang ditulis F.Edward Grillin aprikot mampu menghilangkan kesan nikotin dan memulihkan rasa ketagih.

Kandungan Amigladin  iaitu vitamin B17 yang sangat tinggi telah ditemui dalam biji aprikot mentah dimana merupakan agen kimoterapi semulajadi yang mampu merencat perkembangan sel-sel kanser. Buah ini turut mengandungi glukosa , Sianida dan Benzaldehyde. Sianida dan Benzaldehyde yang bersifat racun.

Namun dalam vitamin B17,tidak membahayakan dan boleh diuraikan dengan kehadiran enzim Beta-Glucosidase yang terdapat pada sel kanser. Lebihan Sianida akan ditukar kepada Thiocynate  (mengimbangi tekanan darah) oleh enzim Rhodanese. Manakala Benzaldehyde yang berlebihan pula akan bergabung dengan molekul oksigen membentuk asid benzoik yang berupaya mengurangkan masalah Rheumatic Arthritis. Keberkesanannya diperkukuhkan melalui kajian oleh pakar kanser Jerman, Dr.Dean Burk.

Beliau berkata, dibawah mikroskop,vitamin B17 dimasukkan ke atas sel kanser dan didapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali. Kelebihan aprikot menjadikan kegunaannya diperluaskan dan boleh dinikmati dalam bentuk buah kering ,jus serta jellyyang dapatmengatasi masalah sembelit dan pencernaan. Minyaknya pula baik untuk perawatan kulit  seperti gatal-gatal , kulit terbakar dan kudis kerana sifatnya yang mudah diserap, tidak dikecuali dijadikan sebagai skrub atau pupur.

Aprikot juga seringkali diberikan kepada pesakit demam kerana ia menyediakan vitamin, mineral, kalori dan air untuk mendetoksifikasikan tubuh.

Coraklah pengambilan makananyang teratur dan berkhasiat sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan , “Diri kita ialah apa yang kita mmakan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

captcha

Please enter the CAPTCHA text

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>