Khasiat Cuka(Khal)Buah-buahan /Pembekal Cuka Kurma

by adminmehr . 0 Comments

HASIL KAJIAN DAN MANFAAT CUKA BUAH/KHAL(ANGGUR,KURMA,APEL,BUAH TIN)

                                  Diriwayatkan daripada Aisyah r.ha.,beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda ,”Sebaik-baik penyedap rasa atau lauk ialah cuka”.(Riwayat Ibnu Majah no.3316)

Dalam hadis sahih riwayat Muslim,Rasulullah SAW mengulangi sebanyak dua kali perkataan seperti hadis di atas.Menurut kitab-kitab perubatan Islam,ulama perubatan Islam menyebut bahawa pengulangan sebanyak dua kali oleh Nabi SAW ini ialah satu penegasan dan kepentingan cuka untuk kesihatan umatnya.

PANDANGAN ULAMA TENTANG KHAL:

1- Sayidina Ali r.a

“Sebaik-baik hidangan ialah khal kerana dapat memecahkan lemak di badan dan menghidupkan hati”.

2- Ibnu Sinar

Kebaikan cuka menurut ulama perubatan Islam terkenal iaitu Ibnu Sina (370-428H ) dalam kitab beliau al=Qanun fi ath-Thib:

Khal dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul,kanser ),menyucikan darah,membaiki masalah pencernaan,masalah usus,kerongkong,kahak,batuk yang berpanjangan,mengatasi masalah lemak di badan,menstabilkan asid dan garam dalam badan,membuang toksin,masalah rahim,menguatkan gigi,mata,talinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan.

3- Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah

Dalam kitab Ath-Thib An Nabawi beliau menjelaskan:               

“Khal” bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di dalam perut,masalah hempedu(membersih hempedu daripada lemak yang membentuk batu),mencegah bahaya ubat-ubatan(kesan sampingan daripada ubat yang pelbagai)yang boleh membawa kepada kematian. Khal dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul di dalam perut(masalah gangguan haid).

Khal bermanfaat mengatasi masalah limpa,membersihkan usus,menguatkan sistem perut(masalah buasir),menghilangkan masalah dahaga(panas badan),mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi pada tubuh manusia(seperti kanser,bisul dan sebagainya),membantu sistem penghadaman dan membersihkan darah.

HASIL KAJIAN

Cuka kaya dengan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan dan kaya dengan vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, Beta karotena,  dan vitamin P (Bioflavonoid )

Khal  juga dapat mengurangkan kolestoral jahat, mengurangkan asid-asid yang tidak diperlukan badan (menstabilkan asid dalam badan ), menurangkan garam berlebihan yang boleh menyebabkan penyakit merbahaya.

MANFAAT CUKA BUAH-BUAHAN SUNNAH:

1- Membantu membuang kolesterol dan lemak dalam badan terutamanya sistem usus di perut, lemak di saluran jantung dan lemak di buah pinggang.

2- Membaiki fungsi buah pinggang dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.

3- Membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat badan.(obesiti)

4- Mencepatkan proses awet muda,badan yang cantik, keremajaan kulit pada muka, melambatkan proses penuaan dan membuang lemak di perut.

5-  Membuatkan kuli sentuasa sihat,melegakan kulit yang terbakar terutamanya pada muka,tangan dan bintik-bintik hitam pada kulit..

Manfaat lain Cuka seperti cuka apple,cuka kurma,cuka anggur adalah dapat menyembuhkan penyakit yang digeruni dewasa ini seperti kencing manis,darah tinggi,kolesterol,lemak dijantung dan usus,mencegah obesiti dan penjagaan kecantikan badan secara semula jadi .Cuka dapat mencegah masalah asid berlebihan,masalah gout,buasir,masalah usus,sembelit,membuang toksin,menstabilkan kepanasan badan, migrain, serta penjagaan kulit.

CARA PENGAMBILAN/CARA MAKAN CUKA -KURMA,APEL,ANGGUR,BUAH TIN.

1- 1 Sudu besar 2 kali sehari.

2- Bancuh dengan segelas air kosong.

3- Boleh juga dicampur dengan madu.

4- Makan ketika perut kosong.

5- Amalkan di waktu pagi dan sebelum tidur.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

captcha

Please enter the CAPTCHA text

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>