Khasiat Dan Ciri-Ciri Serbuk Za’faran @ Saffron.

by adminmehr . 0 Comments

SERBUK ZA’FARAN ATAU SAFFRON.
Za’faran adalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu.
                                          
Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.
Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setipa bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling  Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo.berharga dan termahal di dalam dunia.
Tetapi oleh kerana bau dan kuasa pewarnanya yang sangat kuat, hanya sedikit sahaja Za’faran yang diperlukan. Za’faran digunakan untuk warna kuning-kemerahannya yang terang dan juga kerana bau dan rasanya yang pekat dan kuat.
Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.
Saidina Ali (R.A) pernah menyatakan:

‘Barangsiapa yang memakan za’faran da dimakan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari, maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”

ZA’FARAN bukan sahaja melicinkan kulit malah boleh membuatkan kulit cerah, sebab itulah di India terutamanya, wanita yang mengandung biasanya membubuh dua tiga urat ‘filamen’ daripad ZA’FARAN tersebut ke dalam susu dan di minum atau cukup sekadar 6 ‘filamen’ dan campurkan dengan 500ml air kemudian bolehlah dicampurkan dengan madu untuk diminum.
Bagi mendapatkan 10 grams stigma(filament) za’faran, ianya memerlukan 1000 kuntum bunga za’faran. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal di dunia.
KHASIAT ZA’FARAN:
1- Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
2- Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
3 – Sakit kepala atau migrane dan asma” Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
4- Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
5- Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
6- Bengkak hati atau hipatitis A dan B
7- Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
8-  Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
9-  Menambahkan tenaga zahir dan batin
10 Masalah mati pucuk, sembelit
11- Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
12- Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
13- Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
14- Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
15- Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
16-  Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihaN
 17- Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya’ Allah
Za’faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai ” King Of Spices “. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za’faran sangat baik untuk kecerdasan minda.
TENTANG ZAFARAN :
Saffron berasal dari perkataan Arab bermaksud kuning ( yellow ), sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi adalah antara khazanah alam termahal di dunia. herba yang digelar ‘Emas Padang Pasir’ ( Gold of the Desert ) juga dikenali sebagai ‘Spice King’, ‘Spice Queen’, ‘Vegatable Gold’, dan ‘Flower of Love’. Ianya memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya ( excellent stimulant ) sejak dari dulu lagi. Justeru itu disamping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan.
Tumbuhan dengan nama saintifiknya ‘Crocus Sativus Linneaus’ telah dikenali ramai sejak ribuan tahun dahulu sebagai rempah ( spice ) yang paling benilai dan berharga. Ianya telah digunakan di seluruh dunia terutamanya di Timur Tengah, India dan negara-negara Eropah. Lebih dari 60 negara di dunia mengenali saffron dengan sebutannya yang berlainan seperti Parsi :‘Za’afaran, Jepun : ‘Safuran’, Hindi : ‘Kesar’, China : ‘Fan Hong Hua’, Tamil : ‘Kungumappu’ dan Bahasa Melayu ‘Koma-Koma’.
Tiada tarikh yang tepat bilakah bermulanya penanaman saffron, tetapi ianya dipercayai telah mula ditanam sejak zaman pra-sejarah Greek ( Prehistoric Greek ). Kini saffron banyak ditanam di Barat Mediterranian ( Sepanyol ) sehingga ke Asia ( India dan China ). Ianya juga telah mulai ditanam di Australia, AS dan Amerika Selatan ( Mexico dan Argentina ). Hari ini negara pengeluar-pengeluar utama saffron adalah Iran, Greece, Sepanyol, India, Morocco, Turki dan Itali. Lebih dari 85 peratus ( kira-kira 400 tan metrik ) pengeluaran saffron dunia datangnya dari negara-negara tersebut. Manakala pengimport saffron terbesar dunia adalah negara Jerman, Itali, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jepun dan Korea Selatan.
Dianggarkan lebih dari 1400 spesis bunga saffron di seluruh dunia. India ( Jammu dan Kashmir ) adalah negara yang menghasilkan kualiti saffron terbaik di dunia ( sejarah menyatakan di wilayah ini bermulanya era penanaman saffron ). Sekuntum bunga saffron mengeluarkan 3 stigma berwarna merah dan dipetik pada musim luruh. Penuaian dilakukan sebelum terbitnya matahari bagi memastikan kesegarannya. Proses pengutipan, pengasingan, pengeringan, penyimpanan serta pembungkusan semuanya menggunakan tangan. Untuk mendapatkan sekilogram saffron kering lebih dari 150 ribu kuntum bunga diperlukan.
Sebagai tanaman terapi, saffron kaya dengan karbohidrat, minerals, mucilage serta vitamin B1 dan B2 ( riboflavin dan tiamin ), disamping banyak lagi bahan lain yang berkhasiat farmaseutikal yang cukup tinggi. Struktur asas saintifik saffron, crocin menghasilkan warna, picrocrocin menghasilkan citarasa dan safranal menghasilkan aroma.
Antara keistimewaannya, saffron boleh membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, agen anti barah, merawat amenia ( kekurangan zat besi ), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid ), merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing ( renal colic ), kesuburan ( fertility ), menambah selera makan untuk kanak-kanak ( increase appetite ) dan ia turut digunakan sebagai perangsang tebaga batin dan penenang ( sedative ).
Saffron adalah antara rempah yang unik kerana citarasa, aroma dan kandungan warnanya boleh larut di dalam air. Selain digunakan di dalam perubatan Yunani dan Ayurveda di India untuk merawat pelbagai penyakit seperti arthritis, sehinggalah kepada mati pucuk dan ketidaksuburan, masyarakat India terutamanya wanita menggunakan saffron selepas tempoh bersalin bagi tujuan menguatkan rahim dan melancarkan perjalanan darah. Golongan bangsawan di zaman dahulu menggunakan larutan saffron sebagai topeng muka untuk menghilangkan ruam dan jerawat. Wanita zaman sekarang menggunakan saffron sebagai bedak asas. Ia bukan sahaja membuatkan kulit bertambah lembut malah semakin licin dan cerah.

KEGUNAAN SAFFRON @ ZAFARAN:

Saffron juga sering dijadikan ramuan penting dalam masakan. Di dalam hidangan Timur Tengah, Eropah, India dan Malaysia, saffron banyak digunakan di dalam nasi, teh, kopi, dan makanan pencuci mulut ( desert ).

Didalam industri tenusu saffron juga memberikan warna yang cantik kepada mentega dan keju serta digunakan didalam pembuatan aiskrim, jem dan extract saffron. Selain menaikkan aroma, ia juga memberikan kebaikan dari segi kesihatan.

Bagi mereka yang ingin mengamalkan saffron di dalam pemakanan seharian, seeloknya:

– Diminum pada waktu pagi dan malam.

– Masukkan tiga helai / urat saffron ke dalam secawan atau segelas air panas dan nikmati kesegaran serta aromanya.

–  Amalkan setiap hari sebagai minuman rutin.

– . Dengan pengambilan tetap minuman ini pada setiap hari dalam jangka masa tertentu akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahan terhadap pelbagai penyakit.

Ikhlas Dari:

Pembekal Kurma

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

captcha

Please enter the CAPTCHA text

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>