Kurma @ Tamar Untuk Perubatan & Menolak Sihir / Khasiat Kurma Ajwa

by adminmehr . 0 Comments

Berkaitan dengan tamar khasnya kurma Ajwa yang menjadi makanan kesihatan dan rawatan penyakit adalah berdasarkan pada hadis yang diriwayatkan daripada  Abu Hurairah r.a…

Rasulullah bersabda : ” Al -Kam’ah daripada pemberian Allah kepada hambaNya. “Ajwah  dari Syurga” dan merupakan penawar kepada racun.(Riwayat Ibnu Majah no.3455).

“Barang siapa  yang makan 7 biji kurma Ajwa pada waktu pagi(semasa perut kosong)maka racun dan sihir tidak dapat memudaratkan pada hari itu.(Riwayat Muslim no. 2047).

Buah Kurma Ini Juga Disebut Dalam Al-Quran Di Mana Allah Telah Berfirman:

“Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan(tetapi berlainan keadaannya) dan padanya ada kebun-kebun anggur dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar yang berumpun dan yang tidak berumpun,semuanya disiram dengan air yang sama.Dan kami lebihkan setengah buah  daripada setengahnya yang lain (pada bentuk,rasa dan bauanya).Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang mahu berfikir dan memahaminya.” (Surah ar-Ra’d 13:4).

Tamar @ Kurma merupakan buah-buahan yang disebut dalam surah Maryam. Pohonnya tumbuh di padang gersang yang bersuhu panas. Buah kurma mempunyai begitu banyak manfaat  . Allah menggariskan khasiat penyembuhan daripada buah ini dengan menceritakan kepada  Maryam yang sedang menghadapi saat-saat kritikal sebelim bersalin, supaya makan isi kurma melalui firmannya yang bermaksud :

Lalu diseru daripada sebelah bawahnya , “Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam),sesungguhnya Tuhan mu telah menjadikan di bawah mu sebatang anak sungai .Gegarlah ke arah mu batang pohon tamar itu supaya gugur kepada mu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan”.(surah Maryam 19:24-26)

KAJIAN TENTANG KURMA:

Tamar 2 Kurma Nabi ialah Al-Ajwa.Ia adalah sejenis Kurma Kota Madinah .Bijinya lebih besar daripada Kurma Ash-Shaihani,warnanya agak hitam ,merupakan tanaman junjungan Nabi Muhammad SAW.Kurmasudah dikenal sejak zaman paleoliik. Kurma merupakan sejenis tanaman palma yang banyak ditanam di daerah Jazirah Arab dan sebahagian orang menganggap kurma hanya hidup di padang pasir.

Kandungan gula menjadi komponen utama kurma dengan komposisi yang mencapai 50 peratus daripada seluruh kandungan buahnya..Malah kandungannya lebih besar dibandingkan buah-buahan lain yang hanya mencapai 20-30 peratus sahaja .Pada tamar yang baru masak.(matang di pokok)kandungan gulanya sekitar 60 peratus,sedangkan kurma yang telah dikeringkan kandungannya cukup tinggi ,sekitar 70 peratus.

Vitamin A , thiamin, riboflavin, dan niasin misalnya ,akan membantu menjana tenaga daripada makanan ,sememtara thiamin membantu menjana tenaga daripada karbohidrat .vitaminA dan niasin memainkan peranan dalam membentuk dan memelihara kulit yang sihat. Thiamin penting bagi sel-sel saraf ,sememtara niasin menjaga fungsi normal saraf.

Banyak mineral terkandung dalam kurma .Antaranya ialah magnesium dan kalium. Malahan kandungan seratnya yang tinggi  sangat bermanfaat kepada tubuh .Serat tersebut dapat menjadikan percernaan lebih lancar.

MANFAAT KURMA:

Antara manfaat kurma ialah berguna untuk menguatkan urat-urat saraf dan melembutkan perangai seseorang yang kasar.

Manfaat lain bagi kurma ialah:

– Memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing dan bakteria  dalam perut.

– Meminum air rendamannya dapat melancarkan pembuangan air kecil seterusnya ia dapat menguatkan limpa.

Kajian terbaru menunjukkan kurma secara keseluruhannya merupakan sejenis makanan berkhasiat dan menyembuhkan banyak penyakit.

Telah trdapat riwayat yang kuat daripada Nabi SAW bahawa baginda memakan kurma dengan mentega..Khasiatnya ialah untuk membersihkan hati daripada toksik ,menguatkan kemampuan sexsual dan menyembuhkan radang tenggorok.

Jika dimakan pada pagi hari sebelum mengambil makanan lain ,maka akan membunuh cacing.

PETUA:

Mengubati penyakit kencing manis:

1- Makan secara biasa 1-7 biji

2- Tiga kali sehari

3- Makan ketika perut kosong

4- Dimakan pada pagi, tengahari ,petang atau malam.

Sesungguhnya kurma bukan sahaja merupakan buah tetapi sekali gus menjadi ubat,minuman,pemanis dan makanan berkhasiat.

Allah mempunyai maksud tertentu dengan menyeru kita untuk mementingkan kurma.Dengan meneliti isi kandungan buah ini,akan membuatkan kita lebih faham tentang apa yang difirmankan Allah.

Kurma dengan kandungan 50 peratus gula,amat berkhasiat kerana isi buahnya mengandungi fruktosa dan glukosa berkalori tinggi dan mudah serta cepat dicerna.

Kandungan gulanya berupaya menenangkan saraf yang gelisah serta memberikan rasa tenang pada jiwa.Sudah pasti setiap ibu yang bersalin kehilangan banyak tenaga dan darah.,Malahan dengan sendirinya jumlah gula dalam darah hilang dengan kadar yang banyak.

Oleh sebab gula yang hilang itu perlu diganti,memakan kurma mamou menggantikan gula dalam darah dan memberikan tenaga kepada ibu yang baru bersalin.

Kurma bermanfaat bagi wanita hamil dan ibu-ibu yang menyusui bayi secara semulajadi.Menarik juga untuk dicatatkan bahawa buah kurma secara khusus memberi manfaat kepada mereka yang hidup dalam kawasan di mana pohon-pohon ini tumbuh .Protein dan gula daripada buah kurma merupakan sumber khasiat yang paling utama bagi penduduk di padang pasir.

KHASIAT KURMA BAGI WANITA HAMIL & IBU MENYUSU:

1- Mencegah Daripada Berlakunya Pendarahan Ketika Melahirkan Anak:

Amalan memakan kurma basah atau kurma Rotab boleh mencegah daripada berlakunya pendarahan ketika melahirkan anak dan mempercepatkan proses pengembalian posisi rahim sepertisedia kala.

2- Nutrisi Ibu

khasiat kurma itu sendiri sangat sesuai untuk nutrisi ibu mengandung kerana buah kurma mempunyai zat besi, kalsium, glukosa, potassium  dan serat yang tinggi.

3- Diet

Buah kurma juga sangat sesuai dimakan sebagai diet untuk perempuan yang sedang dalam nifas ,dikuatkan ayat daripada surah Maryam ayat 25-26

4- Mengurangkan Pendarahan Dalaman Dan Memperbanyak Air Susu  Berkhasiat Tinggi

Mengandungi hormon Patuchin yang boleh mengurangkan pendarahan dalaman dan menggalakkan pengeluaran susu ibu dan hormon Oksitoksin untuk membantu otot-otot rahim bagi melancarkan proses kelahiran dan pengecutan rahim selepas bersalin.

5- Tidak Mengandungi Kolesterol

Kurma juga mengandungi anti oksidan yang dikenali sebagai Tanin yang boleh mencegah kanser.

6- Meningkatkan Kesihatan Janin Di Dalam Perut Ibu.

KHASIAT UTAMA KURMA:

1- Jika dimakan tanpa membuang kulitnya dapat melancarkan pencernaan dan mencegah peradangan usus.

2- Bagi perempuan yang menyusu anak ,kandungan zat besi dan kalsium dalam kurma dapat menambah kuantiti air susu.

3- Kurma berperanan membantu pembentukan darah dan sumsum tulang bagi bayi yang disui.

4- Kurma dipercai memberi tenaga tambahan untuk ibu hamil

5- Menurut hasil penelitian ,jus kurma dapata memperkuat urat-urat rahim,sehingga proses memlahirkan lebih mudah.Juga mengurangkan pendarahan ketika melahirkan serta menguatkan organ rahim.

6-  bayi yang disusui ibu yang menjadikan kurma sebagai amalan pemakanan akan membesar menjadi anak yang cerdas.

7- Sangat baik untuk mengatasi sembelit, lemah otot, letih dan stress.

8- Membantu menguatkan daya ingatan.

9- Perempuan Arab percaya kurma dapat menghaluskan kulit .Biasanya dengan campuran bahan lain dijadikan kosmetikp pelengkap kecantikan.

10- Kadar kalium yang terdapat dalam kurma dapat mengurangkan risiko serangan strok dan darah tinggi.

11- Bagi penderita batuk,kandungan gulanya dapat menghilangkan gatal-gatal di kerongkong ,sekali gus menghentikan batuk.

12– Jus kurma juga berkhasiat  mengurangkan penyakit insomnia.

13- Kurma dapat menambah nafsu makan dan sexksual.

14- Zat besi yang terkandung cukup baik bagi penderita anemia dan letih lesu.

15- Memanaskan badan dan meningkatkan daya kerja otak.

Pada waktu yang sama kurma segar memberi manfaat besar kepada otak . Kurma dengan kandungan 2.2% protein , juga mengandungi banyak jenis vitamin  A , B1 dan B2. Protein-protein ini  melindungi tubuh dari serangan penyakit, membantu pertumbuhan sel-sel  dan menyeimbangkan cairan-cairan dalam tubuh.

Vitamin A meningkatkan kemampuan pandangan mata  dan kekuatan badan ,juga kekuatan tulang dan gigi  . Vitami B1 membantu saraf berfungsi sempurma , membantu tubuh menukar karbohidtrat menjadi tenaga dan mengatur selera makan dan pencernaa..

Vitamin B2 membantu pembakaran protein-protein seperti yang disebutkan di atas. Karbohidrat dan lemak untuk membekalkan tenaga  dan pembaharuan sel. Disamping itu kurma juga mengandungi banyak  mineral yang penting bagi tubuh ( seperti Potassium,sodium,kalsium,besi,mangan dan tembaga). Apabila potassium dan sodium  bekerja bersama , akan bertindak selaku pengatur ritma detak jantung atau sebagai degupan jantung.

Dengan membantu penyaluran oksigen ke otak, potassium mampu membuatkan fikiran lebuh rasional. Lebih jauh lagi kurma mampu menyediakan kandungan alkali secukupnya kepada cairan tubuh , merangsang ginjal mengekuarkan buangan racun metaolis , membantu menurunkan tekanan darah tinggi  dan membantu pembentukan kulit sihat.

JENIS-JENIS KURMA :

1- Kh0dry 2- Khesab 3- Hulwa 3- Bed 4- Barni Al Madina 5- Barhi 6- Ruzeiz 7- Rabeaa 8- Thawee 9- Deglet Noor 10- Khenaizy 11- Khalas 12- Sullaj 13- Sukhari 14- Sari 15- Sabaka 16- Ruthana 17- Ruthodia 18- Ajwah 19- Segae 20- Sufri 21- Safawi 22- Shaishee 23- Shahal 24- Shebebi 25- Miskani 26- Majhool 27- Mabroom 28- Qatarah 29- Ghur 30- Anbara 31- Wannana 32- Hilali 33- Nabtat Ali 34- Nabtat Seif 35- Nabtat Sultan 36- Meneifi 37- Maktomi.

KEBAIKAN KURMA PADA TUBUH:

Tamar atau kurma khasnya kurma Ajwah ialah bahan makanan yang sangat penting bagi kesihatan dan dalam masa yang sama  berfungsi sebagai pengubatan penyakit. Hal ini diakui oleh nabi sendiri sebagaimana tersebut diatas. Maka, dianjurkan untuk memakan kurma sebagai  sebahagian daripada aamalan sunnah  untuk menjaga  kesihatan tubuh. Sebaiknya kurma mestilah dijadikan makanan utama sebagai sebahagian daripada  ittiba kepada Nabi dan dalam masa yang sama  sebagai usaha menjaga kesihatan dan pegubatan. Kini dengan adanya  peralatan moden , mengesahkan sabda Nabi bahawa kurma mengandungi pelbagai zat yang amat baik bagi tubuh manusia dan dalam masa yang sama boleh menjadi ubat.

Ikhlas dari:

Pembekal Kurma

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

captcha

Please enter the CAPTCHA text

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>