MADU SIDR/KHASIAT DAN KEAJAIBAN MADU SIDR

by adminmehr . 0 Comments

PENGENALAN MADU SIDR                                                

Madu Sidr dikenal pasti sebagai madu lebah terbaik, paling berkualiti dan termahal di dunia. Ianya merupakan madu yang mempunyai keistimewaan tersendiri dari sudut rasa, aroma kandungan zat dan khasiat yang diiktirafkan paling baik.

KEISTIMEWAAN MADU SIDR

Keistimewaan madu sidr adalah kerana pohon pohonnya (Ziziphus Spina Christi, L.Willd), yang terdapat di kawasan pergunungan di mana tanah dan persekitaran di situ masih terpelihara dari pencemaran. Manakala lebah yang menghasilkan madu di pergunungan pula adalah jenis lebah yang khusus memakan debunga sidr sahaja.

SEJARAH MADU SIDRkelebihan madu sidrpokok sidr

Pokok sidr yang dipercayai oleh kebanyakkan masyarakat arab sebagai pokok tertua di dunia dan mempunyai berbagai keistimewaan sehingga disebut di dalam Al-Quran. Pohon ini juga terdapat di dunia dan akhirat. Pokok sidr biasanya terdapat di negara Yaman (Syam) di Tanah Arab. Biasanya tumbuh di pergunungan Hadhramaut dan menjadi kegemaran lebah-lebah di sana menghisap nektar dari bunganya bagi penghasilan madu. Pokok sidr diterjemah secara am sebagai pokok bidara dalam bahasa Melayu namun spesis pokok ini hanya terdapat di Tanah Arab sahaja dan pengusaha madu golongan Badwi secara turun-temurun adalah di Yaman secara khususnya. Pokok ini mengeluarkan aroma bau buahan seumpama epal yang menjadi kegemaran lebah.

KHASIAT MADU SIDR

Madu sidr juga mempunyai khasiat 5 kali ganda dari madu lebah biasa, menurut Badan pemakanan dan badan pertanian PBB (FAO) madu sidr seratus kali lebih mahal daripada jenis madu lainnya di pasaran global kerana perbezaan kandungan, manfaat ubat ubatan dan gizinya.

KEAJAIBAN MADU SIDR

1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak keatas sel sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC,University of Zagreb, Croatia)

2.Pembunuh kuman dari jenis bakteria fungus dan protozoa yang mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Waikato, New Zealand)

Madu sidr mempunyai kemampuan membunuh yang kuat terhadap pelbagai jenis bakteria bahkan lebih hebat berbanding anti-mikroba yang paling hebat yang digunakan kedoktoran moden saat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

captcha

Please enter the CAPTCHA text

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>