Pemakanan Sihat – Mencegah dan Merawat Kanser./Pengedar Air Zam Zam & Madu Al Shifa Malaysia

by adminmehr . 0 Comments

Kanser melemahkan sistem imunisasi seseorang.Pemakanan seimbang boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan semula jangkitan penyakit.Diet sihat mempercepatkan penyembuhan tisu rosak akibat kanser atau kimoterapi.Rawatan kimoterapi boleh membuatkan seseorang kurang selera makan.

Kadangkala  pesakit dijangkiti penyakit ulser dalam mulut dan lidah menyebabkan rasa menelan dan mengunyah.Akibat dari menjalani proses kimoterapi, akan hilang selera makan,pesakit berasa penat dan emosi tertekan.Keadaan sukar ini akan berlarutan sehingga berminggu atau berbulan

Apabila makan badan menjadi kuat dan melawan jangkitan kuman,membaiki tisu yang rosak akibat kimoterapi.Kesimpulannya pesakit perlu menyedari kepentingan diet seimbang untuk mengawal pembiakan sel kanser.Jika pesakit mengamalkan diet yang sama seperti sebelumnya,ia akan membahayakan.Selain  pemakanan seimbang,pesakit mesti mengamalkan gaya hidup sihat iaitu rehat mencukupi,mengawal emosi,perbanyakan membaca Al-Quran,berzikir dan melakukan solat sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Bila hati dekat dengan Allah akan lebih tenteram dan reda atas penyakit yang dihadapi. Nabi Muhammad SAW ” Berubatlah kamu dengan dua perkara – Madu dan Al-Quran”.(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

 MADU adalah ubat segala penyakit.Tetapi dengan Syarat tidak menjadikan MADU  atau ubat sebagai pegangan menyebabkan kita sembuh.Ia adalah dengan keizinan Allah semata-mata untuk menyembuhkan kita.

Pnyakit kanser wajar  mengamalkan sunnah Nabi iaitu dengan menggantikan pengambilan gula dengan madu kerana sifat alkalinya yang tinggi.Kajian saintis barat  menunjukkan madu sebagai satu alternatif sihat mengganti gula..

Disebut dalam Hadis Abu Dzar bahawa Nabi bersabda tentang AIR ZAMZAM. “Sesungguhnya AIR ZAMZAM itu berkat dan mengenyangkan .Di dalam proses penyembuhan penyakit kanser digalakkan pesakit meminum Air Zamzam sebanyak mungkin.Nabi MuhammadSAW  bersabda” perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit”

Jadi di sini memang wajar umat Islam menganbil berat tentang jenis makanan agar tubuh dapat menikmati kualiti hidup.Nabi bersabda “seorang Mukmin yang sihat lebih baik dan dicintai oleh AllahSWT”.(Hadis Riwayat Muslim).Kita sebagai seorang mukmin harus menjaga kesihatan agar menjadi seorang yang sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.

Artikel ini dipetik dari Utusan Malaysia.

Semoga kita semua dijauhi dari penyakit yang merbahaya ini, Amin.

Insyaallah.  Pembekal kurma kuala lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

captcha

Please enter the CAPTCHA text

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>