Get 5% OFF on your purchase! Like & Share and get Discount!

Rempah Nasi Arab Chef Ammar/Nasi Mandi. 140g/btl

Rempah Nasi Arab Chef Ammar/Nasi Mandi. 140g/btl
Click image for Gallery
  • Brand: Chef Ammar
  • Product Code: Rempah Mandi
  • Availability: In Stock
  • RM15.00
- +


Chef Ammar telah mengeluarkan rempah asli bagi masakan Arab yang diciptanya sendiri . Peminat Chef Ammar ,kini anda boleh membeli/menempah rempah nasi arab Chef Ammar secara online. Setakat ini ada ENAM jenis rempah yang dihasilkan iaitu rempah Mandi, rempah Bukhari, rempah Kabsah,rempah Maklubah ,Haneeth dan rempah Beriani.

1 botol rempah Chef Ammar boleh digunakan untuk memasak 6 kg Nasi . Chef Ammar “Spices” ini boleh juga digunakan untuk memasak lauk ayam, daging dan juga ikan. Sangat mudah.

Chef Ammar’s Spices,

  • No MSG
  • No Flour
  • No Preservatives
  • No Additives
  • No Artificial Colourings.

RESIPI NASI MANDI AYAM:

Bahan-Bahan:

  • 1kg beras Basmati(rendam 30minit)
  • Ayam 1 ekor dipotong 12 bahagian.
  • 3 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 3-4 biji cili hijau
  • Minyak Zaitun untuk menumis.
  • 2 sudu besar rempah Mandi Chef Ammar.
  • Secubit Saffron direndam dalam 1/4 cawan air panas selama 2jam.

Cara Masak: Tumis bawang dan cili hijau yang telah dimayang sampai wangi.Masukkan rempah Mandi Chef Ammar.Selepas garing masukkan ayam dan masak sampai kering airnya. masukkan air dan beras diikuti dengan garam. Boleh juga ditambah setengah cawan susu cair.Setelah nasi kering buat lubang ditengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.

Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi. letakkan sedikit minyak sapi dan renjiskan saffron yang telah dibancuh dengan air. Kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak. Hidangkan bersama salad dan sos cili Arab.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha

Related Products