Get 5% OFF on your purchase! Like & Share and get Discount!

Madu Kelulut-SYAMILLE/1kg/btl

Madu Kelulut-SYAMILLE/1kg/btl
Click image for Gallery
  • Brand: Syamiile
  • Product Code: Madu Kelulut-SYAMILLE
  • Availability: In Stock
  • RM135.00
- +



Tags: madu kelulut, madu kelulut syamille

Syamille lebah kelulut Malaysia adalah pengeluar dan pengedar produk makanan kesihatan dan berkhasiat tambahan, Halalan Toyyiban. Ladang ternakan komersil Lebah Kelulutnya menghasilkan produk madu dan propolis lebah kelulut asli serta berkhasiat tinggi. Dimiliki sepenuhnya oleh Syamille Agro Farm Sdn Bhd. Visit www.kelulutmalaysia.blogspot.my

Lebah kelulut merupakan lebah yang bersaiz kecil berbanding lebah madu yang biasa kita lihat. Lebah kelulut juga mempunyai habitat yang agak pelik iaitu dalam tunggul-tunggul kayu. Maka tidak hairanlah kenapa para pengusaha menggunakan rumah kotak yang diperbuat daripada kayu sebagai pelindung koloni lebah kelulut.

Lebah jenis ini tidak menyengat seperti lebah biasa. Maka, tidak perlu risau untuk risiko terkena sengatan berbahaya. Madu yang dihasilkan oleh lebah kelulut ini tidaklah sepekat madu tualang yang banyak di pasaran sekarang. Ia dapat dilihat daripada tesktur warnanya. Namun begitu, khasiat madu kelulut ini masih ajaib seperti yang dijangka.

Madu lebah kelulut merupakan madu yang tinggi khasiatnya kerana saiz lebah yang begitu kecil membolehkan ia menyedut madu daripada bunga jauh lebih dalam. Dikatakan bahawa pihak MARDI telah melakukan pelbagai penyelidikan berkenaan lebah kelulut ini. Nampaknya memang ia antara sumber terbaik untuk kesihatan. Sehingga hari ini, lebih kurang 30 spesis lebah kelulut dikumpul.

Cara Pengambilan Madu Kelulut;

Ada 2 cara pengambilan madu kelulut untuk mendapatkan kesan yang lebih baik:

Pertama:

  • Campurkan satu sudu besar madu kelulut ke dalam segelas air sejuk (iaitu air yang disimpan di dalam suatu bekas pada suhu bilik/persekitaran) pada kadar lebih kurang 100ml -150ml. Kacau sehingga larut sepenuhnya dan diminum. Digalakkan pengambilan pada sebelah pagi sekurang-kurangnya setengah jam sebelum mengambil sarapan pagi pada setiap hari. Untuk kesan yang lebih baik, disyorkan juga pengambilan kali kedua pada sebelah malam yakni sebelum tidur. Cara ini sesuai untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit di dalam tubuh badan dan darah. InsyaAllah.

Kedua:

  • Sediakan satu sudu besar madu kelulut dan di minum terus tanpa mencampurkannya dengan bahan lain. Digalakkan pengambilan pada sebelah pagi sekurang-kurangnya setengah jam sebelum mengambil sarapan pagi pada setiap hari. Untuk kesan yang lebih baik, disyorkan juga pengambilan kali kedua pada sebelah malam yakni sebelum tidur. Cara ini sesuai untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan saluran pemakanan dan rongga pernafasan seperti batuk, selesema, sakit tekak, asma, resdung, bronkitis, sakit telinga dan sebagainya. InsyaAllah.

Sebagai menepati sunnah Rasullullah SAW, hendaklah kita mengambilnya dengan sekurang-kurangnya membaca Bismillah, Berselawat dan Berdoa kepada Allah SWT sebelum meminumnya dengan penuh tertib dalam posisi duduk.

Untuk menambahkan lagi keberkesanannya, terdapat juga petua mencampurkan madu kelulut dengan bahan lain seperti jus kurma, jus limau, minyak habbatussauda, minyak zaitun dan sebagainya. Gunakan gelas dan sudu plastik, kaca, kayu atau pun seramik tetapi elakkan penggunaan gelas dan sudu yang dibuat dari bahan beasaskan besi.

Sesuaikan cara pengambilan yang disyorkan di atas mengikut kesesuaian dan kerasian tubuh badan sendiri. Antara caranya ialah pengambilan secara berselang seli pada setiap hari, iaitu mencampurkan madu kelulut dengan air pada sebelah pagi dan diulang secara minum terus pada sebelah malam, atau sebaliknya.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha

Related Products