200g Sumac Herb Original / Sumac Spice Powder Sumak Herba
Original price was: RM28.00.RM20.00Current price is: RM20.00.
JAMINAN KAMI KEPADA ANDA
- PEMBAYARAN SELAMAT
- PRODUK ORIGINAL
- DIJAMIN SELAMAT SAMPAI
Description
Apakah Sumac?
Tahukah anda? Sumac ada 2 jenis iaitu Sumac berwarna merah terang dan Sumac berwarna merah gelap seakan “dark coklat” . Pokoknya sama sahaja. Yang berbeza hanyalah waktu memetik buahnya. Ramai yang tak tahu bahawa Dark Sumac dikatakan lebih mahal daripada Sumac merah biasa.
Tahukah anda, sumac juga dikenali dengan beberapa ejaan lain seperti sumach, sumak, soumak, atau sumaq ini dijejaki etimologinya daripada Perancis Lama, Bahasa Syria atau Arab سُمَّاق (summāq) yang bermaksud ‘merah’.
Rempah ini terkenal di Timur Tengah, Afrika, dan Amerika Utara.
Ia mempunyai rasa masam seakan lemon dan sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan.
Secara botaninya, sumac adalah pokok renek dan kecil yang mempunyai ciri berikut
- boleh mencapai ketinggian 1–10 m
- daunnya berpilin
- bunganya padat dan sangat kecil, kehijauan, putih krim atau merah dengan 5 kelopak
- buahnya membentuk kelompok padat buah berbiji merah
- rempah sumac didapati daripada biji kering pohon Rhus coriaria, iaitu nama saintifiknya
- Tinggi Vitamin C
- Jus sumac biasa dijadikan minuman oleh orang asli Amerika untuk merawat demam, batuk dan penyakit skurvi oleh kerana sifatnya yang kaya dengan vitamin C.
Sumac ni rasa dia masam macam rasa lemon. Ia banyak digunakan dalam resepi masakan masyarakat timur tengah. Ia digunakan samada untuk ditabur atas makanan atau sebagai pengganti lemon. Sumac ni juga boleh di tabur dalam salatoh, salad atau acar.
Reviews
There are no reviews yet