Rempah Nasi Arab Chef Ammar/Nasi Kabsah 140g/btl
Original price was: RM18.70.RM17.90Current price is: RM17.90.
In stock
JAMINAN KAMI KEPADA ANDA
- PEMBAYARAN SELAMAT
- PRODUK ORIGINAL
- DIJAMIN SELAMAT SAMPAI
Description
Chef Ammar telah mengeluarkan rempah asli bagi masakan Arab yang diciptanya sendiri . Peminat Chef Ammar ,kini anda boleh membeli/menempah rempah nasi arab Chef Ammar secara online. Setakat ini ada lima jenis rempah yang dihasilkan iaitu rempah Mandi, rempah Bukhari, rempah Kabsah, rempah maklubah dan rempah Beriani.
1 botol rempah Chef Ammar boleh digunakan untuk memasak 10 kg Nasi . Chef Ammar “Spices” ini boleh juga digunakan untuk memasak lauk ayam, daging dan juga ikan. Sangat mudah.
Chef Ammar’s Spices,
- No MSG
- No Flour
- No Preservatives
- No Additives
- No Artificial Colourings.
RESIPI NASI KABSAH AYAM:
Bahan-Bahan:
- 1kg beras Basmati(rendam 30minit)
- Ayam 1 ekor dipotong 12 bahagian.
- 3 biji bawang besar
- 7 ulas bawang putih
- 3-4 biji cili hijau
- Minyak Zaitun untuk menumis.
- 2 sudu besar rempah Kabsah Chef Ammar.
- 1 biji buah tomato dipotong dadu
- Secubit Saffron direndam dalam 1/4 cawan air panas selama 2jam.
Cara Masak: Tumis bawang dan cili hijau yang telah dimayang sampai wangi.Masukkan rempah Kabsah Chef Ammar.Selepas garing masukkan ayam dan masak sampai kering airnya. masukkan air dan beras diikuti dengan garam. Boleh juga ditambah setengah cawan susu cair.Selepas nasi masak,letakkan sedikit minyak sapi dan renjiskan saffron yang telah dibancuh dengan air. Hidangkan bersama salad dan sos cili Arab.
Reviews
There are no reviews yet