Rempah Nasi Arab Chef Ammar/Nasi Maklubah 140g/btl

RM17.90

In stock

JAMINAN KAMI KEPADA ANDA

  • Done PEMBAYARAN SELAMAT
  • Done PRODUK ORIGINAL
  • Done DIJAMIN SELAMAT SAMPAI
GUARANTEED SAFE CHECKOUT
  • Visa Card
  • MasterCard
  • PayPal
Category:

Description

Chef Ammar telah mengeluarkan rempah asli bagi masakan Arab yang diciptanya sendiri . Peminat Chef Ammar ,kini anda boleh membeli/menempah rempah nasi arab Chef Ammar secara online. Setakat ini ada ENAM jenis rempah yang dihasilkan iaitu rempah Mandi, rempah Bukhari, rempah Kabsah,rempah Maklubah ,Haneeth dan rempah Beriani.

1 botol rempah Chef Ammar boleh digunakan untuk memasak 6 kg Nasi . Chef Ammar “Spices” ini boleh juga digunakan untuk memasak lauk ayam, daging dan juga ikan. Sangat mudah.

Chef Ammar’s Spices,

  • No MSG
  • No Flour
  • No Preservatives
  • No Additives
  • No Artificial Colourings.

RESIPI NASI MAKLUBAH

Bahan-bahan

  • 500g beras basmathi (rendam 30minit)
  • 2kg bahu kambing
  • 3 setengah sudu makan Chef Ammar Rempah Maklubah
  • 2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 12 ulas bawang putih
  • 3 biji ubi kentang (potong syiling)
  • 2 biji lobak merah (potong syiling)
  • 50g daun ketumbar (dihiris)
  • 1 biji bunga kobis (potong kecil)
  • 1 sudu teh serbuk saffron
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak

  • Panaskan minyak dan gorengkan ubi kentang, lobak merah dan bunga kobis di dalam kuali sehingga bahan berkenaan kuning keemasan dan tapiskan di atas pinggan.
  • Kemudian panaskan minyak di dalam pressure cooker dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan rempah maklubah Chef Ammar dan masukkan bahu kambing dan renehkan bersama air selama 45 minit.
  • Didihkan air dan masukkan garam dan beras basmathi yang telah dicuci dan biarkan beras tiga suku masak.
  • Setelah nasi telah tersedia masukkan beras dan sayuran tadi ke dalam periuk yang berisi kambing dan biarkan semua bahan-bahan berkenaan masak sepenuhnya.
  • Hiaskan nasi maklubah tadi dengan hirisan daun ketumbar dan nasi sedia untuk dihidangkan.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Rempah Nasi Arab Chef Ammar/Nasi Maklubah 140g/btl”

Your email address will not be published. Required fields are marked *